Source of Image : https://www.onthewater.com/spinning-reels-then-and-now
TAHUKAH ANDA, kekili mendatar atau spinning reel ini pertama kali dicipta dan digunakan di Eropah pada tahun 1930-an. Selepas Perang Dunia ke-II, seorang ahli sukan yang kaya bernama BACHE BROWN telah pergi ke Perancis untuk membantu mengembangkan kekili mendatar kecil yang telah dinamakannya sendiri dan dibawa ke Amerika Syarikat untuk dipasarkan.
Dalam dunia pancing, penggunaan kekili mendatar adalah lebih meluas berbanding set kekili yang lain. Berkemungkinan cara pengendaliannya yang lebih mudah dan reka bentuknya yang lebih mesra pengguna menjadi asbab utama kepada pemilihan mesin reel jenis ini. Sungguhpun begitu, masih ramai yang belum tahu fungsi sebenar pada setiap bahagian kekili mendatar ini.
GELENDONG KEKILI MENDATAR
Secara asasnya, gelendong berfungsi sebagai tempat simpanan tali pancing. Ia diperbuat daripada berberapa jenis bahan seperti plastik (ABS), plastik (ABS-Chromed Plated), plastik (grafit) dan aluminum.
PINION GEAR DAN DRIVE GEAR
Setiap kekili mempunyai drive gear (gigi samping) dan pinion gear (gigi tengah). Umumnya diameter pinion gear lebih kecil dibandingkan dengan drive gear . Perbezaan inilah yang dipakai untuk mengira gear ratio. Jika diameter pinion gear semakin kecil, maka semakin sedikit juga kontak permukaannya dengan drive gear dan tenaga yang dihasilkan juga semakin kecil. Jenis bahan pinion gear dan drive gear, antara lain : 1. Zinc, 2. Brass 3. Aluminium
BODY DAN ROTOR
Secara kebiasaanya body dan rotor diperbuat dari bahan : 1. Plastik (ABS), 2. Plastik (graphite), 3. Aluminium, (kuat dan mahal)
JENIS DRAG PADA KEKILI SPINNING
Drag berfungsi sebagai pengatur tegangan tali pancing semasa memancing. Jenis drag pada reel spinning terbahagi kepada dua: 1. Front Drag (drag depan) yang lebih menjanjikan hasil yang baik 2. Rear Drag (drag belakang)
STOPPING SYSTEM PADA KEKILI SPINNING
Stopping system adalah sistem penguncian pada reel. Stopping system pada kekili spinning terbahagi kepada tiga jenis: 1, Rachet stopping system, 2. Rotor stopping system (multi stopping system), 3. One way stopping system,
OSCILLATING SYSTEM PADA REEL SPINNING
Oscillating system adalah sistem pergerakan spool (naik/turunnya spool). Jenis-jenis oscillating system adalah: 1. Arm oscillating system, merupakan generasi awal dari semua jenis oscillating system. 2. Gear oscillating system, 1.5-2 kali putaran handle=1 kali naik/turunnya spool. 3. Worm shaft oscillating system, 1.5 kali putaran handle=1 kali naik/turunnya spool. 4. Super slow oscillating system, 4 kali putaran handle=1 kali naik/turunnya spool.
HANDLE KEKILI SPINNING
Jenis handle pada reel spinning antaranya: Normal handle (handle biasa),One touch handle (handle lipat),Balance handle Untuk handle arm bahannya terbuat dari : Plastik, & Aluminium
BALL BEARING KEKILI SPINNING
Jenis Ball Bearing yang digunakan pada reel spinning, antaranya adalah: 1. Chrome Steel (open type), harganya murah, mudah masuk air, debu dan kotoran. 2. Chrome Steel (double shield/shielded), harganya murah, tapi tidak mudah masuk air dan kotoran kerena dikedua sisi ball bearing tertutup. 3. Stainless Steel (double shield/shielded), mahal,kuat dan tahan karat serta dikedua sisi ball bearing tertutup.