BEST KE MEMANCING IKAN KECIK?

  • Post category:Spot pancing
You are currently viewing BEST KE MEMANCING IKAN KECIK?

Dalam aktiviti memancing kebanyakan pemancing sentiasa akan memilih untuk memancing ikan-ikan yang bersaiz besar atau pun mega. Tekanan tempat memancing yang semakin tinggi serta kurangnya ikan-ikan yang mempunyai saiz yang boleh dibanggakan semakin berkurangan. Bagi pemancing yang sibuk berkerja pula untuk mendapatkan peluang untuk memancing ikan yang mempunyai saiz yang baik pula perlu memikirkan cara untuk mengambil cuti untuk pergi memancing di lubuk-lubuk ikan yang berpotensi. Manakala pemancing yang mempunyai kekangan kewangan pula kolam bayar adalah bukan pilihan utama.

Kebanyakan kawasan-kawasan memancing awam biasanya ikan-ikan yang mempunyai saiz yang baik amat kurang atau pun tiada langsung. Atas sebab inilah gaya pancingan ultralight semakin mendapat tempat dikalangan para pemancing. Gaya pancingan yang ringkas,tidak memerlukan peralatan yang terlalu complicated serta mudah untuk didapati dikebanyakan kedai-kedai pancing menyebabkan ia menjadi pilihan baik bagi pemancing senior mahupun pemancing beginner. TCE Tackles Sdn Bhd sebagai rangkaian kedai pancing yang terbesar di Malaysia, mempunyai pelbagai pilihan peralatan untuk kategori pancingan ultralight ini.

Ikan-ikan yang menjadi target semestinya ikan yang mudah mengambil umpan yang dihulur oleh pemancing seperti tilapia, flowerhorn, kerapu lombong, lampam, puyu, haruan dan peacock bass. Spesis-spesis ikan ini adalah spesis yang memang tinggi taburannya di Malaysia. Penggunaan umpan tiruan juga boleh digunakan ketika memancing ikan—ikan ini. Pancingan ultralight yang menghadkan kekuatan peralatan memancing sehingga maksima 6 lb (joran, reel dan tali) dan umpan sehingga berat 7g memberikan kelainan serta thrill kepada pemancing. Kesemua peralatan ini kita boleh dapatkan di TCE Tackles yang berhampiran.

Pada kali ini peralatan yang digunakan adalah rod Ajiking Legend Light berkekuatan 1-6lbs, Reel Ajiking Wahoo Mini Limited bersaiz 800 dengan kekuatan drag maksimum 3kg yang dilengkapi dengan tali monofilament Tomman Tali Hantu Ultra 2X berkekuatan 4lbs dan leader Shinju Light Game 10lbs . Kawasan pancingan pula adalah sebuah tasik buatan di sebuah kawasan perumahan. Untuk kali ini kaedah yang digunakan adalah casting menggunakan softplastik Shinju Geli Worm yang dipadankan dengan Fire Eagle Zerrox Jighead FZJ. Model jighead keluaran Fire Eagle ini mempunyai beberapa siri dengan berat bermula 0.4g sehingga 1.95g yang mana ia amat sesuai digunakan untuk pancingan ultralight.

Tasik buatan ini kaya dengan spesis ikan flowerhorn yang mana beberapa tahun yang lalu telah dilepaskan oleh pemiliknya. Ikan ini membiak dengan baik kerana sumber makanan yang mencukupi iaitu anak—anak ikan tilapia yang telah sedia ada. Kebanyakan ikan ini menghuni kawasan tepi tasik yang agak landai kerana disitu ia akan membuat sarang yang berbentuk seperti kuali di dasar tasik. Kelakuan membuat sarang ini sama seperti ikan tilapia. Pemancing hanya perlu membuat balingan melalui kawasan ‘kuali’ ini untuk mendapatkan strike yang tinggi. Sifatnya yang amat menjaga kawasan akan menghentam SP untuk menjaga kawasannya. Saiz purata flowerhorn ini adalah dalam lingkungan 15cm ke atas, saiz-saiz sebegini amat menyeronokkan dilayan dengan set ultralight.

Penggunaan set yang tepat serta seimbang amat penting bagi menjamin keseronokan selain dapat menjaga peralatan dari rosak akibat penggunaan setup yang tidak seimbang. Walaupun target ikan adalah flowerhorn kadangkala ada juga spesis lain yang menyambar umpan SP ini. Satu bonus dapat menaikkan ikan peacock bass bersaiz sederhana menggunakan set ultralight. Peacock bass ini menyambar umpan SP yang ditujukan untuk flowerhorn, jighead diikat terus dengan kaedah ikatan Rapala Knot tanpa sebarang clip @ swivel. Perlawanan bertambah thrill kerana hanya berbekalkan tali mono 4lbs yang mempunyai diameter yang sangat halus iaitu 0.10mm. Tapi dengan setup yang seimbang ikan ini dapat didaratkan dengan jayanya.

CLOSE UP MULUT PB

Kesimpulannya Ya! Memancing ikan kecil itu best! Hobi memancing ini sentiasa menjadikan pemancing kreatif dan mengadaptasi atas situasi agar dapat mencari secebis strike bagi menghilangkan gigil memancing. Tidak kira apa saiz ikan yang akan didaratkan yang penting kepuasan dan keseronokan yang dapat atas kaedah “memikat” ikan untuk mengambil umpan yang dilontar kita dengan menggunakan setup yang sesuai serta seimbang.