Simpulan Bimini Twist merupakan satu teknik ikatan untuk menghasilkan loop atau gelendung yang paling berseni dan kukuh simpulannya.

Langkah 1

Buatkan tali pancing menjadi satu bentuk gelung dan memanjang. Kemudian, pegang dihujung gelung tali pancing tersebut untuk membuat pintalan/putaran sekurang-kurangnya 13 kali seperti yang ditunjukkan pada gambar rajah di atas.

Langkah 2

 

Letakan gelungan tali pada sesuatu tempat yang keras seperti lutut atau hujung tapak kaki anda untuk menghasilkan pintalan tali pancing yang sempurna seperti gambar di atas.

Langkah 3

Kekalkan tekanan putaran pada tali, kemudian masukan satu jari ke dalam gelungan tali dan tarik dengan kemas untuk mengetatkan lagi putaran tali.

Langkah 4

 

Seterusnya, masukan tali pancing ke dalam gelungan dan tarik dengan ketat untuk mengunci lilitan Bimini B. Selesai langkah ini maka anda boleh lepaskan tekanan pada tali kerana lilitan pada tali tidak akan terlucut.

Langkah 5

Langkah yang terakhir, buatkan satu semi-circle tali seperti rajah di atas dan seterusnnya hasilkan lilitan sebanyak 5 kali pada gelungan Bimini. Kemudian, selesai lilitan terakhir tali tersebut perlu melepasi ruang semi-circle dan tarik sehingga ketat untuk matikan simpulan. Hasilnya, seperti gambar di atas.