Uni Knot adalah simpulan tali pancing yang sangat popular kerana ia dianggap cara simpulan yang mudah untuk mengikat mata kail dan tali pancing pada kekili. Namun kekuatannya tidaklah yang terbaik. Kunci ikatan ini terletak pada jumlah simpulan. Semakin banyak simpulan yang dihasilkan maka semakin kukuhlah ikatan tersebut.
Langkah 1
Masukkan hujung tali ke dalam lubang cincin mata kail dan kembarkan bahagian hujung tali kira-kira sejengkal kemudian buat lilitkan kembali ke arah tali utama. Pusingkan hujung tali sehingga menjadi satu lingkaran.
Langkah 2
Lilitkan bahagian hujung pusingan tali ke dalam lingkaran yang telah terbentuk daripada 6 kali lilitan.
Langkah 3
Tarik bahagian hujung pusingan tali perlahan-lahan sehingga terbentuk simpulan hasil dari lilitan tadi.
Langkah 4
Tarik bahagian tali utama sehingga simpulan rapat pada bahagian mata kail. Kemudian potong bahagian hujung lebihan tali.