Jom kenali spesis ikan air tawar di negara kita. Ada yang mudah dijumpai dan ada juga yang susah untuk dijumpai kerana jumlah spesiesnya semakin berkurangan. Terdapat banyak faktor kenapa ikan-ikan ni sukar dilihat sekarang:
Ikan Kelah
Ikan ini adalah ikan kap dalam keluarga Cyprinidae yang bersisik besar, dan merupakan ikan sukan yang digilai dan banyak terdapat di India dan secara amnya di Asia Selatan.
• Habitat : kawasan sungai pergunungan/jeram pergunungan • Dikatakan ikan air tawar yang paling sedap rasanya • Daya juang yang sangat tinggi (menjadi kegilaan para pemancing) • Ada yang menjadikannya ikan hiasan berikutan keadaan fizikalnya yang cantik (penjagaan yang rumit) • Pelbagai spesis ikan kelah di Malaysia antaranya, kelah merah, kelah merah bara dan kelah sirip biru • Harganya sangat mahal mencecah RM100/kg • Teknik pancingan : bottom, casting , fly fishing
Ikan Tengas
Ikan ini juga dikenali sebagai Ikan Kejor adalah ikan air tawar yang tergolong dalam famili ikan kap (Cyprinidae). Taksonomi ikan ini masih kurang jelas kerana terdapat beberapa kekeliruan dan pertindihan nama spesiesnya. Ikan-ikan dari genus ini boleh didapati di air yang mengalir laju dan jernih airnya dan biasa ditemui di kawasan sungai berbatu di kawasan tanah tinggi.
• Habitat : kawasan sungai pergunungan/jeram pergunungan • Keluarga terdekat ikan kelah • Ikan air tawar kedua tersedap selepas kelah • Menjadi buruan pemancing – memberi tentangan yang tidak kurang hebat • Seringkali dijadikan ikan hiasan berikutan keadaan fizikalnya yang cantik • Pelbagai spesis tengas dikenal pasti pada hari ini • Teknik pancingan : : bottom, casting , fly fishing
Ikan Sikang
Ikan Sikang (Raiamas Guttatus) atau Malayan Trout cukup dikenali kaki pancing layang yang tahu `keterujaan’ memancingnya. Spesis yang dianggap kurang popular jika dibandingkan dengan negara luar.
• Habitat : kawasan jeram berbatu dan berpasir serta jernih airnya • Dikenali sebagai trout Malaysia • Nama saintifiknya Barillius Guttatus • Teknik pancingan : casting & fly fishing
Ikan Sebarau
Perbezaan luaran yang ketara antara sebarau berbanding ikan-ikan lain dari keluarga Cyprinidae (ikan kap) adalah wujudnya satu jalur hitam menurun dari dasar anterior sirip dorsal ke sirip ventral. Secara saintifik ikan sebarau dikenali dengan nama Hampala macrolepidota.
• Habitat : kawasan sungai pergunungan/jeram pergunungan • Menjadi buruan pemancing – memberi tentangan yang tidak kurang hebat • Seringkali dijadikan ikan hiasan berikutan keadaan fizikalnya yang cantik • Teknik pancingan : : bottom, casting , fly fishing