Kerapu Hybrid ada lah sejenis kerapu kacukan daripada kerapu keratang dan juga kerapu tiger. Kerapu spesis ini sukar d temui di habitat liar kerana ikan ni dikacuk dalam makmal dan membiak dalam kawasan kolam perikanan Sabah. Warna badan ikan kerapu ini juga sangat berbeza dengan warna ikan kerapu lain, di mana warna kekuningan gelap dan tompok-tompok hitam atau pun sebaliknya pada badan dan juga ekor ikan. Ikan kerapu ini juga kadang-kadang ada di sungai, disebabkan adanya sangkar ikan pecah dan ikan ini membiak dikawasan sangkar tersebut. Tekstur isi ikan ini juga amat lah sedap dan menjadi sambutan ramai dari golongan masyarakat di Negara China. Harga ikan ni boleh mencecah RM60 sekilo apabila tibanya musim perayaan cina.