Aktiviti untuk menggalakkan promosi produk merupakan salah satu langkah yang produktif dan relevan untuk dilakukan bagi sesebuah syarikat. Sama halnya dalam aktiviti untuk mempromosikan produk TCE. Maka dengan itu, satu pertandingan memancing telah dianjurkan oleh Borneo Angler Adventure yang d taja oleh syarikat TCE Tackles Sdn Bhd pada 17.09.2022 bersamaan dengan hari Sabtu yang diadakan di Kolam Abah, Sg. Kayu, Sandakan, Sabah.
Acara bermula seawal jam 7.00 pagi lagi dengan disertai seramai 40 peserta yang hadir daripada pelbagai pelusuk tempat. Walaupun majoritinya disertai oleh kaum lelaki tetapi masih turut kelihatan kelibat beberapa kaki pancing wanita memberikan saingan dalam pertandingan yang diadakan buat julung kali ini. Pelbagai ragam peserta mewarnai aktiviti sepanjang pertandingan ini diadakan.
Terdapat beberapa spesis ikan yang telah diperoleh oleh para peserta seperti ikan Patin, Pacu, Keli, Talapia dan juga Flowerhorn. Namun pertandingan diadili bukan berdasarkan jenis ikan yang berjaya ditangkap oleh peserta tetapi sebaliknya pertandingan dinilai berdasarkan berat ikan yang berjaya dinaikkan oleh para peserta. Purata berat ikan yang berjaya ditewaskan oleh peserta adalah dalam lingkungan 1 kg sehingga ke 5 kg. Pemenang tempat pertama dimenangi oleh wakil dari Kampung Sungai Kapur yang berjaya menangkap ikan patin seberat 8.6 kg.
Seperti yang telah dinyatakan sebentar tadi, tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk mempromosikan penggunaan produk TCE. Hadiah utama pertandingan memancing juga terdiri daripada produk TCE sendiri. Aktiviti ini tamat lebih kurang pada jam 1.30 tengah hari. Akhir kata, penganjur sangat berterima kasih dan juga bersyukur dengan jumlah tajaan yang telah diberi kepada Borneo Angler Adventure oleh TCE Tackles Sdn Bhd.