Kuala Rompin, Pahang merupakan sebuah pekan yang kecil dan terletak di selatan pahang. Kuala Rompin juga dikenali sebagai hub kepada kaki pancing ikan layaran. Setiap tahun, ikan layaran akan berenang ke kawasan rompin untuk mencari makan dan akan terus berenang ke Negara Autralia. Ikan layaran ini mempunyai musim tertentu, kebiasaan musim ikan layaran di Malaysia adalah bulan augus hingga bulan oktober. Ikan Layaran merupakan spesies ikan yang terpantas di dunia dan kelajuan ikan tersebut boleh mencecah 110 km/h. jadi ikan layaran ini menjadi kegemaran kaki pancing yang menceburi laut dalam. Selain itu, ikan layaran pernah mencatatkan rekod terberat adalah 100kg dan panjang 11 kaki di perairan eropah.
Sekian lama Pro Fishing Team tidak menjejaki ke kuala rompin untuk memburu ikan layaran disebabkan oleh pendamik Covid-19 yang melanda dunia. Akhirnya, Pro Fishing Team melakukan kunjungan ke kuala rompin untuk mencari ikan layaran. Perjalanan dari penang ke kuala rompin mengambil masa 8 jam. Pada waktu pagi, kami cuba mencari “Laut” untuk ikan layaran makan. Antara umpan yang dicari adalah ikan temenung, ikan selayang, dan ikan kerisi. Manakala ikan tamban, ikan selar dan sotong adalah alternatif kepada ikan layaran.
Kami menggunakan set heavy duty seperti Ajiking rod kirobo PE 4-6, Ajiking reel Rome X 10000, tali Ajiking wahoo braid 8X PE 60lb, perambut Shinju 80lb dan matakail Fire eagle F-Mutsu Ring DX 10455 saiz 8/0 . Malangnya, umpan yang diletakan di matakail tidak sempat dimakan oleh ikan layaran kerana dipotong oleh ikan barakuda. Ikan barakuda suka berebut umpan dengan ikan layaran. Maka kami terpaksa cuba dan mencuba lagi. Selepas itu, kami berjaya mendaratkan ikan barakuda yang bersaiz anggaran 10kg dan panjang lebih kurang 5 kaki dengan menggunakan set Ajiking reel wahoo GT 5000, Ajiking rod Black Hunter PE 1.5 – 3, tali Ajiking wahoo braid 8X 50lb, perambut Shinju 80lb dan matakail Fire eagle F-Mutsu Ring DX 10455 saiz 6/0.
Kami sempat mendaratkan ikan ebek, ikan aruan tasek, ikan kerapu, ikan kunyit dan ikan kaci. Selepas beberapa jam mencuba, akhirnya kami berjaya mendaratkan ikan layaran anggaran 40kg dan panjangnya hampir 8 kaki. Kami menghabiskan masa lebih kurang 20 minit untuk mendaratkan ikan layaran tersebut. Ia merupakan sesuatu yang menakjudkan dan sekian lama tidak mendaratkan ikan layaran sebesar itu. Yang menarik tentang ikan layaran itu adalah tabiat semulajadinya yang gemar melakukan aksi akrobatik ke udara