Siapa sangka perairan Butterworth mempunyai ladang jenahak yang begitu banyak sekali. Jika anda gemar mencari ikan jenahak atau ingin merasa tarikan hebat ikan jenahak, anda boleh datang ke Butterworth, Pulau Pianng untuk mencuba kerana di sana anda tidak akan berasa kecewa. Ikan jenahak atau dikenali sebagai ikan tanda, merupakan salah satu kegemaran makanan penduduk Malaysia, samada masakan setem, masakan kari, masakan 3 rasa, goreng, dan bermacam-macam lagi.
Kedalaman air di perairan Butterworth adalah sekitar 5 meter sehingga 30 metar sahaja, tetapi kebanyakan ikan berada di 5 hingga 10 metar sahaja. Penyediaan peralatan memancing adalah penting dan cara memancing juga akan memastikan ikan jenahak boleh didaratkan dengan sempurna tanpa lucut.
Kebiasaan menyediakan perambut atau Leader bersaiz 40, anda boleh menggunakan perambut yang keras seperti jenama shinju flurocarbon 40LB kerana tidak mudah kusut apabila berada pada arus air yang kuat dan laju. Penggunan flurocarbon adalah lebih baik berbanding monocarbon kerana flurocarbon dapat mengurangkan penglihatan ikan dan sensitif terhadap tali apabila berada dalam air.
Bagi rod pula, anda boleh pilih PE 1-3 sebagai penanda aras. Jika anda seorang yang mahir, maka tidak bermasalah untuk memilih rod yang lebih lembut tetapi akan kehilangan lifting hook. Anda boleh memilih jenama ajiking rod atom plus atau shinju rod kumonryu jig. Kelebihan kedua-dua adalah tahan lasak dan menggunakan solid graphite.
Tali utama pula menggunakan 30-40 LB. Penggunaan tali 30-40 LB adalah untuk memastikan tidak mudah terputus apabila terkena atau tersangkut pada karang dan tidak putus apabila terkena ikan gergasi seperti kerapu dan ikan merah. Warna tali seperti merah atau biru merupakan pilihan yang paling sesuai kerana ikan tidak bergitu sensitif. Anda boleh dapatkan tali jenama shinju 919 warna merah atau ajiking line buster.