Terkenal dengan sifat fiziknya yang bersisik besar, ikan Kelar yang lebih dikenali sebagai Mahseer tergolong dalam spesis ikan Kap daripada keluarga Cyprinidae. Ikan ini dikatakan sepsis ikan yang sangat sensitif sehinggakan terdapat beberapa pantang larang yang perlu diperhatikan oleh para pemancing. Jika tersilap langkah mungkin punah harapan anda untuk memastikan ikan ini menjadi salah satu ‘koleksi’ ikan yang anda pernah pancing.
Pantang pertama ketika memancing ikan ini meliputi tindakan-tindakan yang perlu dielakkan oleh kaki pancing. Dari segi pakaian adalah lebih baik anda menggunakan warna baju yang boleh dijadikan bahan menyamar dan menyatu dengan alam. Elakkan pakaian yang berwarna bertentangan dengan warna sekeliling lubuk ikan tersebut.
Pantang larang lain adalah anda tidak digalakkan untuk berkumpul ketika memancing dan mengamalkan konsep satu orang satu lubuk. Memancing ikan ini juga memerlukan ‘penjarakan sosial’ dan secara logiknya sekiranya kita memancing bersama orang lain adalah tinggi peratusan kita untuk berbual dengan rakan kita yang menyebabkan bising. Maka makin tipislah peluang anda untuk mendekati ikan yang sensitif dengan kehadiran manusia ini.
Akhir sekali dari segi pergerakan. Musuh kecil anda ini amat peka dengan keadan sekitarnya. Oleh hal yang demikian elakkan perbuatan merendam kaki dan mendekati gigi air apabila memancing ikan ini. Ikan ini amat penakut dan akan meninggalkan anda sebaik sahaja ikan ini mengesan sebarang jenis pergerakan.