AQUASCAPE merupakan sebuah seni yang menciptakan suatu pemandangan yang indah di dalam air menerusi kaca akuarium. Dalam erti kata lain, kesenian yang membentuk sesuatu pemandangan khusus yang hidup dan kompleks.
Mungkin sebelum ini kita hanya lihat fungsi akuarium hanyalah untuk memaparkan beberapa spesies ikan yang cantik sahaja, namun dengan konsep aquascape ini memfokuskan kepada kehidupan ekosistem yang seimbang antara ikan, tumbuhan air, dan haiwan lain seperti udang secara lebih kompleks. Umumnya, setiap pembuatan aquascape ini memiliki sebuah tema seperti padang rumput, hutan, pergunungan, dan lain-lain.
BAHAN – BAHAN ASAS
Kebiasaannya, konsep aquascape ini dibuat di dalam sebuah akuarium kaca mengikut citarasa para pemilik itu sendiri. Kecantikan dan keindahan aquascape itu adalah bergantung kepada pengolahan nilai-nilai alam yang cuba diterapkan oleh pemilik ke dalam akuarium tersebut.
Antara bahan-bahan asas yang perlu ada untuk membuat aquascape ini ialah :-
1. Akuarium – pelbagai saiz dan jenis (mengikut tahap kreativiti)
2. Unsur Tanah – kayu kayan, pasir, batu, tumbuhan hidup hijau
3. Lain-lain – Lampu (pencahayaan),
Aquarium Filter (penapis air)
4. Pilihan – Hidupan air seperti ikan-ikan kecil bagi menghidupkan lagi dunia alam bawah air dengan adanya hidupan.
Gambar contoh 1
Gambar contoh 2
KELEBIHANNYA
Nilai Estetika
Aquascape bukan sahaja untuk keindahan ruangan, malah ia mampu membuatkan ruangan rumah anda menjadi lebih segar dan teratur dengan nilai-nilai alam.
Kesihatan Minda
Kajian mendapati bahawa minda manusia akan lebih segar apabila melihat tumbuhan hijau. Oleh hal yang demikian, pemandangan alam bawah air ini mampu memberikan ketenangan pada jiwa dan minda malah kesegaran pada mata. Secara tidak langsung, stres harian dapat dikurangkan dengan cara menikmati pemandangan aquascape ini.