Tenggiri di Unjam Penang

  • Post category:Spot pancing
You are currently viewing Tenggiri di Unjam Penang

Pulau Pinang tidak asing lagi dengan keindahan pulau nya. Di sini juga terdapat pelbagai jenis ikan dan merupakan di antara tarikan para pemancing di luar sana. Unjam Penang juga menjadi pilihan para kaki jigging untuk mencari penghuni dasar seperti tenggiri , jenahak kerapu dan ikan merah.

Tenggiri terkenal dengan sifat agresif dan cara berlawan yang sangat di minati oleh para pemancing. Pemilihan umpan juga menjadi faktor utama bagi menarik minat spesis ini. Coaster dan jig adalah antara tarikan utama ikan ini kerana sinaran cahaya di dalam air akan menarik perhatiannya. Teknik yang sering kali di gunakan untuk memikat spsesis ini adalah dengan cara “fast jigging” . Kedalaman air adalah sekitar 40 meter sehingga 60 meter bagi berat jig adalah antara 30 gram hingga 40 gram, ini juga terpulang kepada keadaan pasang surut air dan juga kelajuan air laut.

Kesesuaian rod adalah amat penting bagi menghasilkan aksi yang cantik dan menarik perhatian ikan untuk makan jig tersebut. Rod PE 1-3 , adalah paling sesuai untuk melakukan fast jigging. Tetapi masih perlu lihat kepada berapa pemberat yang ada pada rod supaya sesuai dengan berat jig. Pengguna tali benang adalah pilihan yang tepat kerana tali benang boleh tenggelam dengan cepat. Tali benang yang berwarna biru muda atau hijau muda adalah sesuai untuk bermain di kedalaman kerana warna tersebut sukar dilihat oleh si pemangsa. Antara LB yang sesuai adalah 30lb-50lb.

Manakala bagi leader pula, perlu menggunakan fluorocarbon 100% dan LB yang sesuai adalah 20-30lb. Penggunaan diameter yang tebal akan memberi kesan yang kurang baik kerana ikan akan lebih sensitif dan menjadikan ia kurang makan.